Friday, 1 July 2011

Kenanganku



17 hari lagi,hari lahir Muhammad Akram........Sekiranya arwah masih ada genap 3 tahun umurnya pada 18 Julai ini.Nak tahu siapa dia insan yang kumaksudkan ini.????????????Inilah cahayamata ku yang sulung. Aku terlalu merinduinya......Anakku yang sulung ini meninggal dunia di wad nicu Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar selepas 11 hari dilahirkan,anakku yang ini lahir ketika usia kandunganku hanya 31 minggu, (7 bulan )berada dalam rahimku.Beratnya hanya 980gram.Anakku ni bermasalah paru-paru kerana pramatang dan juga fetal distress.
       Telah ditakdirkan aku redha dengan ketentuannya setelah berusaha semasa mengandungkannya sehingga melahirkan.Anak itu hanya pinjaman sementara untukku.Namun aku gembira syurga menanti untuknya.....sekurang-kurangnya aku masih ada tiket untuk ke syurga......
       

No comments:

Post a Comment