Ikram Fitri semakin membesar.Tahun ini 3 tahun sudah usianya.Teletah manjanya serta kenakalannya dari sehari ke sehari semakin menguji naluri seorang ibu.Namun kehadirannya sangat membawa erti dalam hidup mamanya ini.Allhamdullillah,kasih sayang untuk hero mama ini tidak pernah pudar malah semakin bertambah.
KISAH HIDUPKU
Saturday, 23 March 2013
Friday, 29 July 2011
Friday, 1 July 2011
Kenanganku
17 hari lagi,hari lahir Muhammad Akram........Sekiranya arwah masih ada genap 3 tahun umurnya pada 18 Julai ini.Nak tahu siapa dia insan yang kumaksudkan ini.????????????Inilah cahayamata ku yang sulung. Aku terlalu merinduinya......Anakku yang sulung ini meninggal dunia di wad nicu Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar selepas 11 hari dilahirkan,anakku yang ini lahir ketika usia kandunganku hanya 31 minggu, (7 bulan )berada dalam rahimku.Beratnya hanya 980gram.Anakku ni bermasalah paru-paru kerana pramatang dan juga fetal distress.
Telah ditakdirkan aku redha dengan ketentuannya setelah berusaha semasa mengandungkannya sehingga melahirkan.Anak itu hanya pinjaman sementara untukku.Namun aku gembira syurga menanti untuknya.....sekurang-kurangnya aku masih ada tiket untuk ke syurga......

Perjuangan Hidupku Belum Selesai
Andai kata diberi peluang memulakan semula kehidupan ini, akulah orang yang pertama yang sangat berkeinginan untuk merebut waktu itu tetapi apa yang berlaku telah direncanakan dengan sempurna oleh Allah Yang Maha Esa.Amanah yang dikurniakan Allah akan kujaga dengan sebaik mungkin, kerana telah begitu lama aku menunggu kehadirannya....
Ikram Fitri insan yang telah begitu lama aku nantikan, permata hati mama.Tanggal 27 Ogos 2010 pada hari Jumaat penghulu sekalian hari......kau dilahirkan anakku ketika kandunganku genap 34 minggu sahaja maknanya anakku lahir ketika 8 bulan usia kandunganku.....Ya Allah dugaan untuk kali ke 2,kuredha dan pasrah dengan ketentuannya dan aku telah bersedia dengan sebarang kemungkinan yang mendatang.Kelahiranmu anakku hanya seberat 1.73kg sahaja.Ya Allah....aku diuji lagi............
Namun kuyakin ada hikmah yang menanti, mungkin aku insan yang terpilih untuk menghadapinya.....Kelahiran anakku kali ini juga secara pembedahan.Selama 27hari anakku berada di wad nicu,selama 2 minggu aku menjaganya di wad...........di situ terlalu banyak pengalaman kukutip tentang cara menjaga anak pramatang,....Ya Allah tabahkan hatiku.......rupa-rupanya bilangan bayi yang dilahirkan pramatang terlalu ramai di wad itu,kiranya aku antara insan yang bernasib baik kerana walaupun anak pramatang, masih sihat dan aktif berbanding bayi-bayi yang lain ada menghadapi pelbagai masalah kesihatan yang rumit.Ya Allah kubersyukur dengan kurniaanmu....

Subscribe to:
Comments (Atom)