Andai kata diberi peluang memulakan semula kehidupan ini, akulah orang yang pertama yang sangat berkeinginan untuk merebut waktu itu tetapi apa yang berlaku telah direncanakan dengan sempurna oleh Allah Yang Maha Esa.Amanah yang dikurniakan Allah akan kujaga dengan sebaik mungkin, kerana telah begitu lama aku menunggu kehadirannya....
Ikram Fitri insan yang telah begitu lama aku nantikan, permata hati mama.Tanggal 27 Ogos 2010 pada hari Jumaat penghulu sekalian hari......kau dilahirkan anakku ketika kandunganku genap 34 minggu sahaja maknanya anakku lahir ketika 8 bulan usia kandunganku.....Ya Allah dugaan untuk kali ke 2,kuredha dan pasrah dengan ketentuannya dan aku telah bersedia dengan sebarang kemungkinan yang mendatang.Kelahiranmu anakku hanya seberat 1.73kg sahaja.Ya Allah....aku diuji lagi............
Namun kuyakin ada hikmah yang menanti, mungkin aku insan yang terpilih untuk menghadapinya.....Kelahiran anakku kali ini juga secara pembedahan.Selama 27hari anakku berada di wad nicu,selama 2 minggu aku menjaganya di wad...........di situ terlalu banyak pengalaman kukutip tentang cara menjaga anak pramatang,....Ya Allah tabahkan hatiku.......rupa-rupanya bilangan bayi yang dilahirkan pramatang terlalu ramai di wad itu,kiranya aku antara insan yang bernasib baik kerana walaupun anak pramatang, masih sihat dan aktif berbanding bayi-bayi yang lain ada menghadapi pelbagai masalah kesihatan yang rumit.Ya Allah kubersyukur dengan kurniaanmu....

No comments:
Post a Comment